Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

Beduk Masjid Kampung Hulu, Melaka

Sempena Syawal yang bakal menjelma, terdetik pula ingin menulis mengenai Beduk Masjid Kampung Hulu, Melaka.  Beduk ini merupakan antara projek terawal Yana semasa mula berkecimpung dalam dunia OBJEK WARISAN KETARA.  Beduk Masjid Kampung Hulu, Melaka ini  terletak  di tengah-tengah pusat bandaraya Melaka. Bagi mereka yang pergi melancong ke Melaka, apa kata singgah ke Masjid Kampung Hulu bagi menunaikan solat dan sekali gus dapat melihat beduk yang telah diistiharkan sebagai WARISAN KEBANGSAAN. Beduk ini  merupakan gendang besar satu muka yang kelihatan seperti tong,  memiliki berat sehingga 65 KG dan  menurut penduduk setempat ianya  dipercayai berusia 283 tahun   sejak dari  zaman pemerintahan Belanda di Tanah Melayu. Istimewanya Beduk  Masjid Kampung Hulu, Melaka   adalah kerana ianya masih digunakan sehingga kini.  Beduk ini  dipalu atau dipukul sebagai isyarat kepada penduduk setempat bagi menandakan masuknya waktu untuk solat, waktu berbuka, bersahur, hebahan kematian

OBJEK WARISAN

OBJEK merupakan mana-mana benda purba boleh alih, warisan kebudayaan ketara, warisan kebudayaan tidak ketara dan objek bersejarah tetapi tidak termasuk harta karun: “benda purba” ertinya (a) mana-mana objek boleh alih yang berusia atau semunasabahnya dipercayai berusia sekurang-kurangnya lima puluh tahun; (b) mana-mana bahagian daripada mana-mana objek yang telah pada mana-mana tarikh yang terkemudian ditambah atau dibina semula atau dibaik pulih; dan (c) mana-mana peninggalan manusia, tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang berusia atau semunasabahnya dipercayai berusia sekurang-kurangnya satu ratus tahun; “warisan kebudayaan” termasuklah bentuk ketara atau tidak ketara harta, struktur atau artifak kebudayaan dan boleh termasuk perkara, objek, butiran, artifak, struktur pembentukan, persembahan, tarian, nyanyian, muzik warisan yang penting kepada cara hidup rakyat Malaysia, dari segi sejarah atau semasa, di atas atau di dalam tanah atau warisan kebudayaan di bawah air b