Langkau ke kandungan utama

ORANG HIDUP

Maznah anak Unyan (WAKOH) sangat aktif dalam bidang anyaman kraftangan tradisional Orang Asli dan telah di isytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan Tokoh Orang Hidup pada tahun 2015. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1968, merupakan seorang penggiat seni origami masyarakat orang asli Mah Meri di Pulau Carey iaitu suku kaum daripada pecahan bangsa Senoi. 
DATO’ ARIPIN BIN SAID (WAKOH) merupakan seorang pencerita sambil mendendangkan lagu-lagu rakyat dan telah di isytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan Tokoh Orang Hidup pada tahun 2015. Pekenalan singkat ini menjadi mesra apabila beliau rupanya salah seorang kenalan kepada arwah Abah yang sama-sama bergiat dalam dunia sastera dan puisi.

Ulasan

Popular Posts

9 Kriteria Warisan (Seksyen 67(2) Akta 645)

9 Kriteria ini menjadi penanda aras dalam menilai setiap pencalonan warisan. Kriteria Warisan (Seksyen 67(2) Akta 645) (a) kepentingan sejarah, hubungan dengan atau perhubungan dengan sejarah Malaysia; (b) ciri-ciri reka bentuk atau estetika; (c) pembaharuan atau pencapaian saintifik atau teknikal; (d) hubungan sosial atau kebudayaan; (e) potensi untuk mendidik, menjelaskan atau menyediakan penyiasatan saintifik lanjut berhubung dengan warisan kebudayaan Malaysia; (f) kepentingan dalam mempamerkan kekayaan, kepelbagaian atau integrasi bentuk yang luar biasa; (g) jarang tidaknya atau keunikan warisan semula jadi, warisan budaya ketara atau tidak ketara atau warisan kebudayaan di bawah air; (h) gambaran bentuk suatu tapak atau objek sebagai sebahagian daripada kelas atau jenis suatu tapak atau objek; dan (i) apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan penentuan warisan kebudayaan yang penting. video 9 kriteria warisan

DATO’ ARIPIN BIN SAID

      Siapakah  DATO’ ARIPIN BIN SAID? Menjadi tenaga pengajar dalam mendidik dan memperkenalkan cerita-cerita dan lagu-lagu rakyat terutamanya generasi pelapis. Masih aktif membuat persembahan dan menjadi pakar rujuk kepada semua pihak sama ada kerajaan, swasta dan sebagainya. Merupakan aktivis bahasa dan sastera Melayu  Yana berkesempatan untuk bertemu DATO’ ARIPIN BIN SAID semasa membuat kerja-kerja penambah baikan dalam kajian dan pendokumentasian mengenai Tokoh Orang Hidup. Beliau merupakan seorang pencerita sambil mendendangkan lagu-lagu rakyat dan telah di isytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan Tokoh Orang Hidup pada tahun 2015. Pekenalan singkat ini menjadi mesra apabila beliau rupanya salah seorang kenalan kepada arwah Abah yang sama-sama bergiat dalam dunia sastera dan puisi. DATO’ ARIPIN BIN SAID dilahirkan pada 11 Disember 1948, di Kampung Batu Bor, Mukim Bera Temerloh, Pahang. Beliau telah dididik dan diasuh oleh neneknya, Zaleha binti Zainal Abidin. S

Bersama Kak Maznah - Warisan Kebangsaan Tokoh Orang Hidup (WAKOH)

Kak Maznah Yana berkesempatan mengenali dengan lebih dekat kak Maznah Anak Unyan semasa saya diarahkan membuat beberapa penambah baikan dalam kajian dan pendokumentasian mengenai Puan Maznah Anak Unyah. Yana dibantu oleh sahabat baik iaitu Kak Tini yang menjadi perantara dan membantu Yana dalam berkomunikasi dengan Kak Maznah. Kak Maznah boleh berbahasa melayu dengan baik tapi lebih mesra jika ada Kak Tini yang selalu berhubungan dengan Kak Maznah.  Kak Maznah sangat aktif dalam bidang anyaman kraftangan tradisional Orang Asli dan telah di isytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan Tokoh Orang Hidup pada tahun 2015. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1968, merupakan seorang penggiat seni origami masyarakat orang asli Mah Meri di Pulau Carey iaitu suku kaum daripada pecahan bangsa Senoi. Sumbangan kak Maznah sangat besar apabila dia berjaya menghidupkan kembali warisan masyarakatnya yang kian ditinggalkan. Ianya bermula pada tahun 2003, setelah dikumpulkan beberapa orang a

KITAB ILMU BEDIL MS 101

Manuskrip 101 Yana berkesempatan untuk berinteraksa secara langsung dengan Kitab Ilmu Bedil semasa berada Dewan Bahasa dan Pustaka. Kitab ini telah diistiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 17 Oktober 2018 di MaTiC, KL. Kitab Ilmu Bedil telah didaftarkan sebagai MS 101 dan dirujuk sebagai Kitab Tib (dalam bahasa Arab, Tib bermaksud ubat). Naskhah ini mengandungi 790 perkataan yang ditulis pada 8 keping kertas dalam bentuk akordion di atas kertas Eropah berwarna krim. Kedua-dua muka hadapan dan belakang diperbuat daripada kulit dengan illutrasi halus dan gaya mewah Arabes Melayu menggunakan dakwat emas.  Kitab ini dikategorikan sebagai genre ilmu tradisional ditulis pada pertengahan abad ke-19 tentang ilmu pensenjataan tradisional Melayu. Kitab ini mengandungi kaedah membuat senjata, teknik dan kemahiran menembak, kedudukan menembak tepat dan membuat peluru dengan panduan ilmu makrifat.

IMAGO BERLIN

IMAGO BERLIN Lukisan ini merupakan hasil karya Latif Mohidin yang mengunakan media Cat Minyak atas Masonite board. Karya ini telah diistiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 17 Oktober 2018 di MaTiC, KL. Yana berpeluang untuk melihat secara dekat hasil karya ini apa bila berkesempatan berkunjung ke Pameran Latiff Mohidin: Pago-Pago (1960-1969) di pamerkan dari 12 Ogos 2018 – 30 Disember 2018 yang dipamerkan di  Galeri Ilham, Kuala Lumpur. Karya Imago (Berlin) ini telah dicipta pada tahun 1963. Ia sangat bermakna dalam perkembangan siri Pago-Pago kerana ianya merupakan satu daripada 3 lukisan yang dihasilkan di Kota Berlin dengan ciri-ciri ciptaan seni ukir budaya Nusantara/Tenggara Asia sedangkan Latiff Mohidin hanya mula melukis dan menemui bentuk-bentuk tersebut setahun kemudian iaitu pada tahun 1964. Karya Imago Berlin ini memaparkan sikap dan kecenderungan penggayaan tersendiri Latiff Mohidin dalam membina dan menjana imej-imej dalam karya catannya, khususny