OBJEK WARISAN - OBJEK merupakan mana-mana benda purba boleh alih, warisan
kebudayaan ketara, warisan kebudayaan tidak ketara dan objek bersejarah tetapi
tidak termasuk harta karun.
BEDUK MASJID KAMPUNG HULU, MELAKA - Beduk
ini merupakan gendang besar satu muka yang kelihatan seperti
tong, memiliki berat sehingga 65 KG dan menurut penduduk setempat
ianya dipercayai berusia 283 tahun sejak dari zaman
pemerintahan Belanda di Tanah Melayu. Istimewanya Beduk Masjid Kampung
Hulu, Melaka adalah kerana ianya masih digunakan sehingga kini.
Kitab Ilmu Bedil didaftarkan sebagai MS 101 dan dirujuk sebagai
Kitab Tib (dalam bahasa Arab, Tib bermaksud ubat). Naskhah ini mengandungi 790
perkataan yang ditulis pada 8 keping kertas dalam bentuk akordion di atas
kertas Eropah berwarna krim.
Karya Imago (Berlin) ini telah dicipta pada tahun 1963. Ia sangat bermakna dalam perkembangan siri Pago-Pago kerana ianya merupakan satu daripada 3 lukisan yang dihasilkan di Kota Berlin dengan ciri-ciri ciptaan seni ukir budaya Nusantara/Tenggara Asia sedangkan Latiff Mohidin hanya mula melukis dan menemui bentuk-bentuk tersebut setahun kemudian iaitu pada tahun 1964.
Ulasan
Catat Ulasan