Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel objek

IMAGO BERLIN

IMAGO BERLIN Lukisan ini merupakan hasil karya Latif Mohidin yang mengunakan media Cat Minyak atas Masonite board. Karya ini telah diistiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 17 Oktober 2018 di MaTiC, KL. Yana berpeluang untuk melihat secara dekat hasil karya ini apa bila berkesempatan berkunjung ke Pameran Latiff Mohidin: Pago-Pago (1960-1969) di pamerkan dari 12 Ogos 2018 – 30 Disember 2018 yang dipamerkan di  Galeri Ilham, Kuala Lumpur. Karya Imago (Berlin) ini telah dicipta pada tahun 1963. Ia sangat bermakna dalam perkembangan siri Pago-Pago kerana ianya merupakan satu daripada 3 lukisan yang dihasilkan di Kota Berlin dengan ciri-ciri ciptaan seni ukir budaya Nusantara/Tenggara Asia sedangkan Latiff Mohidin hanya mula melukis dan menemui bentuk-bentuk tersebut setahun kemudian iaitu pada tahun 1964. Karya Imago Berlin ini memaparkan sikap dan kecenderungan penggayaan tersendiri Latiff Mohidin dalam membina dan menjana imej-imej dalam karya catannya, khus...

KITAB ILMU BEDIL MS 101

Manuskrip 101 Yana berkesempatan untuk berinteraksa secara langsung dengan Kitab Ilmu Bedil semasa berada Dewan Bahasa dan Pustaka. Kitab ini telah diistiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 17 Oktober 2018 di MaTiC, KL. Kitab Ilmu Bedil telah didaftarkan sebagai MS 101 dan dirujuk sebagai Kitab Tib (dalam bahasa Arab, Tib bermaksud ubat). Naskhah ini mengandungi 790 perkataan yang ditulis pada 8 keping kertas dalam bentuk akordion di atas kertas Eropah berwarna krim. Kedua-dua muka hadapan dan belakang diperbuat daripada kulit dengan illutrasi halus dan gaya mewah Arabes Melayu menggunakan dakwat emas.  Kitab ini dikategorikan sebagai genre ilmu tradisional ditulis pada pertengahan abad ke-19 tentang ilmu pensenjataan tradisional Melayu. Kitab ini mengandungi kaedah membuat senjata, teknik dan kemahiran menembak, kedudukan menembak tepat dan membuat peluru dengan panduan ilmu makrifat.

Beduk Masjid Kampung Hulu, Melaka

Sempena Syawal yang bakal menjelma, terdetik pula ingin menulis mengenai Beduk Masjid Kampung Hulu, Melaka.  Beduk ini merupakan antara projek terawal Yana semasa mula berkecimpung dalam dunia OBJEK WARISAN KETARA.  Beduk Masjid Kampung Hulu, Melaka ini  terletak  di tengah-tengah pusat bandaraya Melaka. Bagi mereka yang pergi melancong ke Melaka, apa kata singgah ke Masjid Kampung Hulu bagi menunaikan solat dan sekali gus dapat melihat beduk yang telah diistiharkan sebagai WARISAN KEBANGSAAN. Beduk ini  merupakan gendang besar satu muka yang kelihatan seperti tong,  memiliki berat sehingga 65 KG dan  menurut penduduk setempat ianya  dipercayai berusia 283 tahun   sejak dari  zaman pemerintahan Belanda di Tanah Melayu. Istimewanya Beduk  Masjid Kampung Hulu, Melaka   adalah kerana ianya masih digunakan sehingga kini.  Beduk ini  dipalu atau dipukul sebagai isyarat kepada penduduk setempat bagi menand...

OBJEK WARISAN

OBJEK merupakan mana-mana benda purba boleh alih, warisan kebudayaan ketara, warisan kebudayaan tidak ketara dan objek bersejarah tetapi tidak termasuk harta karun: “benda purba” ertinya (a) mana-mana objek boleh alih yang berusia atau semunasabahnya dipercayai berusia sekurang-kurangnya lima puluh tahun; (b) mana-mana bahagian daripada mana-mana objek yang telah pada mana-mana tarikh yang terkemudian ditambah atau dibina semula atau dibaik pulih; dan (c) mana-mana peninggalan manusia, tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang berusia atau semunasabahnya dipercayai berusia sekurang-kurangnya satu ratus tahun; “warisan kebudayaan” termasuklah bentuk ketara atau tidak ketara harta, struktur atau artifak kebudayaan dan boleh termasuk perkara, objek, butiran, artifak, struktur pembentukan, persembahan, tarian, nyanyian, muzik warisan yang penting kepada cara hidup rakyat Malaysia, dari segi sejarah atau semasa, di atas atau di dalam tanah atau warisan kebudayaan di bawah air b...