Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2018

KITAB ILMU BEDIL MS 101

Manuskrip 101 Yana berkesempatan untuk berinteraksa secara langsung dengan Kitab Ilmu Bedil semasa berada Dewan Bahasa dan Pustaka. Kitab ini telah diistiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 17 Oktober 2018 di MaTiC, KL. Kitab Ilmu Bedil telah didaftarkan sebagai MS 101 dan dirujuk sebagai Kitab Tib (dalam bahasa Arab, Tib bermaksud ubat). Naskhah ini mengandungi 790 perkataan yang ditulis pada 8 keping kertas dalam bentuk akordion di atas kertas Eropah berwarna krim. Kedua-dua muka hadapan dan belakang diperbuat daripada kulit dengan illutrasi halus dan gaya mewah Arabes Melayu menggunakan dakwat emas.  Kitab ini dikategorikan sebagai genre ilmu tradisional ditulis pada pertengahan abad ke-19 tentang ilmu pensenjataan tradisional Melayu. Kitab ini mengandungi kaedah membuat senjata, teknik dan kemahiran menembak, kedudukan menembak tepat dan membuat peluru dengan panduan ilmu makrifat.