Manuskrip 101 |
Yana berkesempatan untuk
berinteraksa secara langsung dengan Kitab Ilmu Bedil semasa berada Dewan Bahasa
dan Pustaka. Kitab ini telah diistiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 17
Oktober 2018 di MaTiC, KL.
Kitab Ilmu Bedil telah didaftarkan
sebagai MS 101 dan dirujuk sebagai Kitab Tib (dalam bahasa Arab, Tib bermaksud
ubat). Naskhah ini mengandungi 790 perkataan yang ditulis pada 8 keping kertas
dalam bentuk akordion di atas kertas Eropah berwarna krim. Kedua-dua muka hadapan
dan belakang diperbuat daripada kulit dengan illutrasi halus dan gaya mewah
Arabes Melayu menggunakan dakwat emas.
Kitab ini dikategorikan sebagai genre
ilmu tradisional ditulis pada pertengahan abad ke-19 tentang ilmu pensenjataan
tradisional Melayu. Kitab ini mengandungi kaedah membuat senjata, teknik dan
kemahiran menembak, kedudukan menembak tepat dan membuat peluru dengan panduan
ilmu makrifat.
Ulasan
Catat Ulasan