IMAGO BERLIN Lukisan ini merupakan hasil karya Latif Mohidin yang mengunakan media Cat Minyak atas Masonite board. Karya ini telah diistiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 17 Oktober 2018 di MaTiC, KL. Yana berpeluang untuk melihat secara dekat hasil karya ini apa bila berkesempatan berkunjung ke Pameran Latiff Mohidin: Pago-Pago (1960-1969) di pamerkan dari 12 Ogos 2018 – 30 Disember 2018 yang dipamerkan di Galeri Ilham, Kuala Lumpur. Karya Imago (Berlin) ini telah dicipta pada tahun 1963. Ia sangat bermakna dalam perkembangan siri Pago-Pago kerana ianya merupakan satu daripada 3 lukisan yang dihasilkan di Kota Berlin dengan ciri-ciri ciptaan seni ukir budaya Nusantara/Tenggara Asia sedangkan Latiff Mohidin hanya mula melukis dan menemui bentuk-bentuk tersebut setahun kemudian iaitu pada tahun 1964. Karya Imago Berlin ini memaparkan sikap dan kecenderungan penggayaan tersendiri Latiff Mohidin dalam membina dan menjana imej-imej dalam karya catannya, khus...
Manuskrip 101 Yana berkesempatan untuk berinteraksa secara langsung dengan Kitab Ilmu Bedil semasa berada Dewan Bahasa dan Pustaka. Kitab ini telah diistiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 17 Oktober 2018 di MaTiC, KL. Kitab Ilmu Bedil telah didaftarkan sebagai MS 101 dan dirujuk sebagai Kitab Tib (dalam bahasa Arab, Tib bermaksud ubat). Naskhah ini mengandungi 790 perkataan yang ditulis pada 8 keping kertas dalam bentuk akordion di atas kertas Eropah berwarna krim. Kedua-dua muka hadapan dan belakang diperbuat daripada kulit dengan illutrasi halus dan gaya mewah Arabes Melayu menggunakan dakwat emas. Kitab ini dikategorikan sebagai genre ilmu tradisional ditulis pada pertengahan abad ke-19 tentang ilmu pensenjataan tradisional Melayu. Kitab ini mengandungi kaedah membuat senjata, teknik dan kemahiran menembak, kedudukan menembak tepat dan membuat peluru dengan panduan ilmu makrifat.