Langkau ke kandungan utama

DATO’ ARIPIN BIN SAID

     


Siapakah DATO’ ARIPIN BIN SAID?
  • Menjadi tenaga pengajar dalam mendidik dan memperkenalkan cerita-cerita dan lagu-lagu rakyat terutamanya generasi pelapis.
  • Masih aktif membuat persembahan dan menjadi pakar rujuk kepada semua pihak sama ada kerajaan, swasta dan sebagainya.
  • Merupakan aktivis bahasa dan sastera Melayu 
Yana berkesempatan untuk bertemu DATO’ ARIPIN BIN SAID semasa membuat kerja-kerja penambah baikan dalam kajian dan pendokumentasian mengenai Tokoh Orang Hidup. Beliau merupakan seorang pencerita sambil mendendangkan lagu-lagu rakyat dan telah di isytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan Tokoh Orang Hidup pada tahun 2015. Pekenalan singkat ini menjadi mesra apabila beliau rupanya salah seorang kenalan kepada arwah Abah yang sama-sama bergiat dalam dunia sastera dan puisi.

DATO’ ARIPIN BIN SAID dilahirkan pada 11 Disember 1948, di Kampung Batu Bor, Mukim Bera Temerloh, Pahang. Beliau telah dididik dan diasuh oleh neneknya, Zaleha binti Zainal Abidin. Sejak kecil lagi beliau sering mendengar  neneknya bercerita mengenai pelbagai petua dengan penggunaan bahasa yang menarik. Selain itu, Beliau juga dibantu oleh gurunya iaitu Abdullah Hashim Haji Musa untuk memperolehi bahan-bahan bacaan untuk dirujuk. Antaranya meminjamkannya buku-buku cerita, akhbar dan majalah kepada beliau. Minat beliau dalam bidang penulisan bemula sewaktu di sekolah menengah lagi. Manakala sebagai penyanyi lagu tradisi pula, ia adalah berkait rapat dengan penyelidikan beliau mengenai kebudayaan tradisional negara ini.

Kini, beliau merupakan satu-satunya penyanyi lagu-lagu rakyat yang mendapat banyak undangan untuk membuat persembahan di dalam dan di luar negeri. Antaranya di Bandar Seri Begawan Brunei Darul Salam; di Colombo, Hanbantota, Candy, Newrwalla, Gale di Sri Langka; di Bandung, Jakarta, Bali, Ujung Padang dan Medan di Indonesia; di kawasan-kawasan perumahan Singapura hinggalah ke Leiden di Belanda; di Rochester dan London di United Kingdom hingga ke Negara-negara Perancis dan Jerman. Lagu-lagu rakyat Pahang seperti ‘Indung-Indung dan Terbang Tebu’ merupakan antara lagu-lagu yang sering dinyanyikan beliau dalam persembahannya.

Beliau juga telah menghasilkan lebih 20 buah novel, antologi cerpen, puisi dan cerita rakyat. Di antara hasil penulisan beliau ialah novel ‘Menungkah Gelombang’ (Pustaka Mastika 1989, KL), antologi cerpen ‘Sebuah Warung di Tengah Kota’ (Pustaka Mastika 1989,KL), antologi Cerita Rakyat ‘Awang Sabdu dan Tok Guru’, ‘Racik Raja Putera’, ‘Cerita Awang Miskin’, ‘Tukang Canai Batu Permata’ serta antologi puisi perseorangan beliau ‘Pemain Rebana’ (Azam Publisher 1990, KL). Sehingga kini, lebih daripada 200 buah cerpen dan 200 buah puisi telah dihasilkannya. Karya-karyanya tersiar di pelbagai akhbar mingguan dan majalah di tanah air seperti Mingguan Malaysia, Utusan Zaman, Berita Minggu, Dewan Sastera, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Dewan Budaya, Mastika, Sarina, Al-Islam, Kiblat, Majalah Sukan, Pemimpin, Sistem Pelajar dan lain-lain lagi.

Sepanjang kegiatan berkarya, Dato’ Aripin telah memenangi beberapa hadiah sastera tanah air yang dikendalikan oleh institusi dan badan-badan tertentu. Antara hadiah yang dimenanginya ialah Hadiah Cerpen Kanak-kanak, Pustaka Kelantan pada tahun 1978; Peraduan Mengarang Cerpen Islam pada tahun 1979; Peraduan Menulis Cerita Lucu Kanak-kanak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1983; Hadiah Sastera Utusan Melayu (Puisi) oleh Public Bank pada tahun 1987, pada tahun 1990 (cerpen), dan pada tahun 1991 dan 1992 (cerpen remaja). Bukunya yang berjudul Ceritera Awang Miskin terbitan penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. telah memenangi Hadiah Buku Kebangsaan pada tahun 1990 bagi kategori Klasik Remaja.

Beliau menjadi anggota pelbagai pertubuhan yang ada hubungannya dengan sastera, bahasa dan budaya. Antara persatuan tersebut ialah Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP). Beliau juga menjadi anggota Persatuan Asia Diraja Malaysia, Persatuan Linguistik Malaysia dan Persatuan Sarjana Melayu Malaysia. Beliau pernah menjadi Setiausaha Agung DPMP pada tahun 1978 dan tahun 1979. Pada tahun 1978, beliau menjadi Setiausaha  bagi Hari Puisi Nasional yang diadakan di Kuantan, Pahang.

Pada tahun 1978 juga, beliau menyertai delegasi Malaysia ke Pertemuan Penyair ASEAN Pertama di Taman Ismail Marzuki, Jakarta, Indonesia. Beliau juga menjadi ahli jawatankuasa kesenian dan kebudayaan di negera tersebut. Dalam hubungannya menangani perkembangan sastera dan budaya di negeri Pahang Darul Makmur, beliau dilantik menjadi Ahli Lembaga Muzium Negeri Pahang bermula pada tahun 1983. Beliau juga menghadiri Pertemuan Sasterawan Nusantara di Ujung Padang, Bandar Seri Bagawan, Singapura dan di Kuching.

Yana dan Dato Aripin



Ulasan

Popular Posts

9 Kriteria Warisan (Seksyen 67(2) Akta 645)

9 Kriteria ini menjadi penanda aras dalam menilai setiap pencalonan warisan. Kriteria Warisan (Seksyen 67(2) Akta 645) (a) kepentingan sejarah, hubungan dengan atau perhubungan dengan sejarah Malaysia; (b) ciri-ciri reka bentuk atau estetika; (c) pembaharuan atau pencapaian saintifik atau teknikal; (d) hubungan sosial atau kebudayaan; (e) potensi untuk mendidik, menjelaskan atau menyediakan penyiasatan saintifik lanjut berhubung dengan warisan kebudayaan Malaysia; (f) kepentingan dalam mempamerkan kekayaan, kepelbagaian atau integrasi bentuk yang luar biasa; (g) jarang tidaknya atau keunikan warisan semula jadi, warisan budaya ketara atau tidak ketara atau warisan kebudayaan di bawah air; (h) gambaran bentuk suatu tapak atau objek sebagai sebahagian daripada kelas atau jenis suatu tapak atau objek; dan (i) apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan penentuan warisan kebudayaan yang penting. video 9 kriteria warisan

Bersama Kak Maznah - Warisan Kebangsaan Tokoh Orang Hidup (WAKOH)

Kak Maznah Yana berkesempatan mengenali dengan lebih dekat kak Maznah Anak Unyan semasa saya diarahkan membuat beberapa penambah baikan dalam kajian dan pendokumentasian mengenai Puan Maznah Anak Unyah. Yana dibantu oleh sahabat baik iaitu Kak Tini yang menjadi perantara dan membantu Yana dalam berkomunikasi dengan Kak Maznah. Kak Maznah boleh berbahasa melayu dengan baik tapi lebih mesra jika ada Kak Tini yang selalu berhubungan dengan Kak Maznah.  Kak Maznah sangat aktif dalam bidang anyaman kraftangan tradisional Orang Asli dan telah di isytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan Tokoh Orang Hidup pada tahun 2015. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1968, merupakan seorang penggiat seni origami masyarakat orang asli Mah Meri di Pulau Carey iaitu suku kaum daripada pecahan bangsa Senoi. Sumbangan kak Maznah sangat besar apabila dia berjaya menghidupkan kembali warisan masyarakatnya yang kian ditinggalkan. Ianya bermula pada tahun 2003, setelah dikumpulkan beberapa orang a

KITAB ILMU BEDIL MS 101

Manuskrip 101 Yana berkesempatan untuk berinteraksa secara langsung dengan Kitab Ilmu Bedil semasa berada Dewan Bahasa dan Pustaka. Kitab ini telah diistiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 17 Oktober 2018 di MaTiC, KL. Kitab Ilmu Bedil telah didaftarkan sebagai MS 101 dan dirujuk sebagai Kitab Tib (dalam bahasa Arab, Tib bermaksud ubat). Naskhah ini mengandungi 790 perkataan yang ditulis pada 8 keping kertas dalam bentuk akordion di atas kertas Eropah berwarna krim. Kedua-dua muka hadapan dan belakang diperbuat daripada kulit dengan illutrasi halus dan gaya mewah Arabes Melayu menggunakan dakwat emas.  Kitab ini dikategorikan sebagai genre ilmu tradisional ditulis pada pertengahan abad ke-19 tentang ilmu pensenjataan tradisional Melayu. Kitab ini mengandungi kaedah membuat senjata, teknik dan kemahiran menembak, kedudukan menembak tepat dan membuat peluru dengan panduan ilmu makrifat.

IMAGO BERLIN

IMAGO BERLIN Lukisan ini merupakan hasil karya Latif Mohidin yang mengunakan media Cat Minyak atas Masonite board. Karya ini telah diistiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 17 Oktober 2018 di MaTiC, KL. Yana berpeluang untuk melihat secara dekat hasil karya ini apa bila berkesempatan berkunjung ke Pameran Latiff Mohidin: Pago-Pago (1960-1969) di pamerkan dari 12 Ogos 2018 – 30 Disember 2018 yang dipamerkan di  Galeri Ilham, Kuala Lumpur. Karya Imago (Berlin) ini telah dicipta pada tahun 1963. Ia sangat bermakna dalam perkembangan siri Pago-Pago kerana ianya merupakan satu daripada 3 lukisan yang dihasilkan di Kota Berlin dengan ciri-ciri ciptaan seni ukir budaya Nusantara/Tenggara Asia sedangkan Latiff Mohidin hanya mula melukis dan menemui bentuk-bentuk tersebut setahun kemudian iaitu pada tahun 1964. Karya Imago Berlin ini memaparkan sikap dan kecenderungan penggayaan tersendiri Latiff Mohidin dalam membina dan menjana imej-imej dalam karya catannya, khususny