IMAGO BERLIN |
Lukisan ini merupakan hasil karya Latif Mohidin yang mengunakan media Cat Minyak atas Masonite board. Karya ini telah diistiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 17 Oktober 2018 di MaTiC, KL. Yana berpeluang untuk melihat secara dekat hasil karya ini apa bila berkesempatan berkunjung ke Pameran Latiff Mohidin: Pago-Pago (1960-1969) di pamerkan dari 12 Ogos 2018 – 30 Disember 2018 yang dipamerkan di
Karya
Imago (Berlin) ini telah dicipta pada tahun 1963. Ia sangat bermakna dalam perkembangan
siri Pago-Pago kerana ianya merupakan satu daripada 3 lukisan yang dihasilkan
di Kota Berlin dengan ciri-ciri ciptaan seni ukir budaya Nusantara/Tenggara
Asia sedangkan Latiff Mohidin hanya mula melukis dan menemui bentuk-bentuk
tersebut setahun kemudian iaitu pada tahun 1964.
Karya
Imago Berlin ini memaparkan sikap dan kecenderungan penggayaan tersendiri
Latiff Mohidin dalam membina dan menjana imej-imej dalam karya catannya,
khususnya pada dekad 1960-an. Penggayaan ini kemudiannya dapat dikenali dan
wujud dengan lebih jelas melalui siri karya bertajuk Pago-Pago yang mula
dihasilkan selepas beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1964. Dalam konteks
ciptaan imej-imej yang bersifat “abstrak” melalui siri karya catan Pago-Pago,
dapat dikatakan bahawa karya Imago Berlin ini adalah karya pra Pago-Pago yang
paling hampir atau seakan-akan seiras dengan dunia imej “abstrak” catan
Pago-Pago. Maka terdapat pertalian yang
jelas, khususnya dari sudut bentuk dan penggayaan, di antara Imago Berlin dan
karya catan dalam siri Pago-pago.
Karya
ini pernah dipamerkan di Centre Pompidou, Paris bersempena dengan pameran
Latiff Mohidin: Pago-Pago (1960 – 1969).
Latiff Mohidin menjadi pelukis Asia Tenggara pertama yang karyanya
dipamerkan di Centre Pompidou, Paris.
Me in front of Menara Ilham, KL |
I'm so in love with this Ilham Gift Shop |
ILHAM GALLERY - masuk percuma |
Ulasan
Catat Ulasan